
GEORGE TOWN: Seorang bekas kerani polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan memandu secara melulu dan merbahaya sehingga menyebabkan tiga kemalangan motosikal di pintu Universiti Sains Malaysia (USM), Bukit Gambir, November lalu.
Tertuduh, Tan Leuk Ley, 76, membuat pengakuan itu selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa memandu dengan kelajuan berbahaya menyebabkan kemalangan terhadap penunggang dan pembonceng motosikal, Afiq Roszani, 23; Nor Ezrie Ahamad, 40; Irfan Hakim Nor Ezrie, 15; Syamil Zulkarnain, 22; and Kristina Abdullah, 22, di Jalan Bukit Gambir pada 2.15 petang, 27 Nov 2023.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan…