Hot FM

Warga emas rentung, 2 lelaki disiasat membunuh


Zulkifli Azizan
Ketua Polis Kulim Zulkifli Azizan, berkata waris memaklumkan mangsa yang ditemukan rentung bersama motosikal tidak pulang ke rumah sejak empat hari lalu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

Kehilangan warga emas sejak empat hari lalu terjawab susulan penemuan mayatnya yang rentung dipercayai dibunuh, dalam kejadian di Ladang Anak Kulim, Kulim, semalam.

Ketua Polis Kulim Zulkifli Azizan, berkata susulan itu dua lelaki berusia 22 dan 68 tahun direman sehingga 1 April untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu membunuh.

Katanya, mangsa berusia 77 tahun ditemukan rentung oleh anggota Pondok Polis Terap yang dimaklumkan mengenai kejadian menerusi panggilan orang awam pada 2.25 petang.

“Semasa meronda di lereng bukit bersebelahan lokasi kejadian, dia terlihat satu mayat dan sebuah motosikal dalam keadaan rentung, menyebabkannya terus beredar untuk memaklumkan polis,” katanya menurut Bernama.

Zulkifli berkata, siasatan di lokasi mendapati mayat dalam proses…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version