
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas mendakwa kerugian RM3.5 juta selepas, tidak menerima wang bayaran hasil penjualan dua lot tanah miliknya kepada sebuah syarikat di Ampang, Selangor.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf, berkata lelaki berusia 63 tahun itu, membuat laporan semalam berhubung perjanjian jual beli yang ditandatanganinya pada 25 Okt 2022.
Beliau berkata perjanjian tersebut disaksikan seorang peguam dari firma guaman, yang dilantik untuk mewakilinya dan pada 15 Mac tahun lalu, beliau telah membuat pengesahan cap jari di Pejabat Tanah Petaling bersama peguam dilantik dan urusan penjualan tanah tersebut selesai pada hari yang sama.
“Bagaimanapun, sehingga kini mangsa tidak menerima sebarang wang hasil dari penjualan tanah tersebut dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun…