Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Warga emas tunggang basikal elektrik maut dilanggar kereta

today17 October 2024

Background


Ketua Polis Jempol Hoo Chang Hook berkata lelaki warga emas berusia 85 tahun itu meninggal dunia dilokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan muka. (Gambar Facebook)

JEMPOL: Seorang lelaki warga emas berusia 85 tahun yang menunggang sebuah basikal elektrik, maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta di KM5 Jalan Bahau-Kemayan, semalam.

Ketua Polis Jempol Hoo Chang Hook berkata kejadian kira-kira 5.50 petang itu dipercayai berlaku ketika sebuah kereta yang dipandu seorang wanita dalam perjalanan dari Bahau menghala ke Ladang Gaddes untuk pulang ke rumahnya.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba datang sebuah basikal elektrik ditunggang mangsa dari arah kiri di hadapan SMK Bahau 2, hendak melintas ke kanan jalan untuk ke Taman Sri Mahsan.

“Susulan itu dipercayai berlaku pelanggaran di bahagian sisi kanan basikal elektrik tersebut di laluan utama kereta,” katanya dalam satu kenyataan.

Hoo berkata akibat kemalangan tersebut, penunggang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post