
Cubaan seorang penumpang warga Indonesia menyeludup 45 tanduk haiwan liar berjaya dipatahkan selepas dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) Bayan Lepas, kelmarin.
Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) LTAPP, Zuhair Jamaludin, berkata, suspek berusia 57 tahun itu menaiki penerbangan China Southern tiba di Malaysia dari Guangzhou, China sebelum ditahan pihak berkuasa.
“Ia adalah berdasarkan kepada pemeriksaan bagasi membabitkan seorang penumpang warga Indonesia yang menaiki penerbangan China Southern dari Guangzhou membawa barangan disyaki hidupan liar tanpa kebenaran.
“Membawa barangan berkenaan tanpa kebenaran atau dokumen sah adalah kesalahan di bawah Seksyen 68 (1) (b) Akta 716,” katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Harian Metro.
Beliau berkata,…