Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Warga Indonesia maut terkena bilah kipas helikopter mendarat cemas

today6 February 2025

Background


Keadaan helikopter yang terbakar selepas melakukan pendaratan cemas di Jalan Karak Lama, Bentong. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Seorang warga Indonesia maut terkena bilah kipas helikopter melakukan pendaratan cemas di Jalan Karak Lama, Bentong.

Kejadian berlaku kira-kira 10.30 pagi tadi ketika helikopter jenis Bell 206 Long Ranger L4 b sedang melakukan pendaratan cemas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong Mohd Shafie Sulong berkata ketika mendarat, helikopter itu tidak dapat dikawal sebelum terbalik dan terbakar.

“Lelaki berusia 44 tahun yang bekerja di tapak pendaratan berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi.

“Setakat ini, operasi pemadaman sedang dijalankan pasukan bomba,” katanya menurut Harian Metro.

Difahamkan, helikopter itu disewa syarikat kontraktor untuk pemasangan kabel elektrik di kawasan sekitar.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post