
PUTRAJAYA: Seluruh warga kementerian dan agensi kerajaan diminta melakukan pendaftaran dan pengemaskinian maklumat melalui portal Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) selewat-lewatnya 15 Feb ini.
Jabatan Perkhidmatan Awam dalam hantaran menerusi media sosial memaklumkan satu daripada kepentingan mendaftar Padu adalah bagi memastikan mereka yang layak mendapat manfaat, tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial.
Dalam hantaran itu, JPA turut memuat naik surat edaran bagi tujuan berkenaan bertarikh 17 Jan yang dihantar kepada semua ketua setiausaha kementerian, ketua jabatan, setiausaha kerajaan negeri, ketua pengurusan pihak berkuasa berkanun negeri dan ketua pengurusan pihak berkuasa tempatan.
Surat itu yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz…
