
PETALING JAYA: Seorang pelancong warganegara Perancis disahkan meninggal dunia selepas pengsan ketika mendaki Gunung Jasar di Tanah Rata, Cameron Highlands, hari ini.
Mangsa, Marc Anthoine Anne Mane, 52, dikatakan bersama lapan rakannya serta seorang pemandu pelancong mendaki ke puncak gunung tersebut sebelum rebah, 10.20 pagi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata mangsa dan rakannya memulakan pendakian, 8.20 pagi.
Katanya, ketika hampir tiba di puncak, seorang daripadanya didapati tidak sedarkan diri.
“Enam pegawai dan anggota serta polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan, 10.28 pagi.
“Sebaik tiba, komander operasi menyelamat segera memberikan rawatan awal dengan bantuan pernafasan.
“Bagaimanapun, tiada…