Hot FM

Warga Singapura dijel 14 hari, denda RM7,000 hina Islam


mahkamah sesyen majistret johor bahru
Mahkamah Majistret Johor Bahru turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

Seorang warga Singapura dijatuhkan hukuman penjara 14 hari dan denda RM7,000 selepas mengaku bersalah atas tuduhan menghina Islam di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Sinar Harian melaporkan Majistret A Shaarmini memerintahkan Mohamed Anim Atam, 56, menjalani hukuman penjara bermula tarikh tangkapan pada Selasa lalu, selain tambahan hukuman penjara tiga bulan, jika gagal membayar denda itu.

Pengawal keselamatan itu didakwa sengaja menyebut kata-kata yang boleh melukakan perasaan agama mana-mana individu dengan merujuk kepada al-Quran ketika dalam perjalanan dari Jalan Tun Razak hingga Jalan Meldrum di Johor Bahru kira-kira 5 petang 30 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version