Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Warga Singapura mengaku tak salah dakwa diri rasul

today4 October 2024

Background


Idris Ami dan seorang wanita tempatan dipercayai orang kanannya dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Seremban hari ini. (Gambar Bernama)

SEREMBAN: Seorang warga Singapura mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas dua pertuduhan mengajar ajaran salah yang mendakwa dirinya rasul dan ada roh kudus.

Idris Ami, 60, yang tidak diwakili peguam membuat pengakuan itu, selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Zulfikri Yasoa.

Mengikut pertuduhan, pemandu forklift itu didakwa mengajar ajaran salah kepada dua lelaki berusia 42 dan 46 tahun, dengan mendakwa dirinya utusan, iaitu rasul bagi zaman ini di sebuah rumah di Kuala Pilah kira-kira 11 malam antara 6 hingga 8 Okt 2023.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengajar ajaran salah kepada individu sama, dengan mendakwa dirinya ada roh kudus yang merujuk roh rasul terdahulu, iaitu Nabi Adam hingga Nabi Muhammad pada masa, tarikh dan lokasi sama.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post