Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Warga Thailand ditahan seludup migran Myanmar ke Malaysia

today19 February 2022

Background



Suspek berusia 33 tahun yang dikehendaki pihak berkuasa Thailand itu ditahan selepas sebuah rumah di Padang Besar, Sadao diserbu. (Gambar AFP)

SONGKHLA: Seorang lelaki warga Thailand yang dikehendaki kerana memperdagangkan pendatang dari Myanmar ke Malaysia ditahan di Sadao, di sini, hari ini.

Operasi bersama pasukan penguat kuasa yang terdiri daripada polis dan tentera itu menyerbu sebuah rumah di Padang Besar, Sadao dan menemui suspek berusia 33 tahun dalam rumah terbabit.

Menurut Bangkok Post, siasatan mendapati suspek bertindak sebagai orang tengah untuk menghantar pendatang Myanmar bekerja di Malaysia.

Menurut laporan itu, lelaki terbabit dikehendaki atas waran yang dikeluarkan mahkamah wilayah Na Thawi kerana bersubahat dalam pemerdagangan migran.

Pasukan penguat kuasa turut merampas sepucuk pistol .22 dan 33 butir peluru serta sebuah trak pikap dalam serbuan itu.

Penahanan itu susulan siasatan ke atas 31 pendatang Myanmar, termasuk enam wanita,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Newcastle bangkit ikat West Ham

London: Hasrat West Ham United untuk melonjak ke kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak kesampaian selepas mereka hanya mencatat keputusan seri 1-1 di laman sendiri ketika berdepan Newcastle United sebentar tadi.

today19 February 2022