Hot FM

Warganet Bangga Khairul Aming Terima Surat Penghargaan Rasmi Dari PM New Zealand

Personaliti media sosial, Khairul Aming sekali lagi menerima penghargaan daripada Perdana Menteri New Zealand,Christopher Mark Luxon hari ini.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram, Aming atau nama penuhnya, Khairul Amin Kamarulzaman, berkongsi mengenai perkara itu untuk tatapan pengikutnya sekaligus sebagai penyuntik semangat untuk dirinya menghasilkan kandungan video yang mampu mengharumkan nama negara seantero dunia.

“Kita baru terima surat penghargaan rasmi daripada Perdana Menteri New Zealand di Wellington.

“Doakan agar kami dapat teruskan buat content yang harumkan nama Malaysia di mata dunia.

 

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan berharap agar anak muda ini dijadikan sebagai contoh dan inspirasi generasi muda.

Bukan itu sahaja, terdapat dalam kalangan mereka yang turut berasa sebak dan bangga dengan pencapaian yang diraih anak muda berusia 31 tahun ini.

Sebelum ini, Aming berkongsi momen membanggakan apabila dapat menghidangkan makanan popular Malaysia dan duduk semeja bersama Christopher Luxon di Restoran Hidang, Kuala Lumpur.

Dalam perjumpaan tersebut, Aming memaklumkan, ia adalah sebagai  tanda terima kasih daripada pihak New Zealand atas video memasak yang dilakukan di negara terkemuka itu.

ARTIKEL BERKAITAN:“Lapan Tahun Lalu Saya Rakam Video Pertama Atas Lantai, Hari Ini Dapat Keistimewaan…” – Khairul Aming Masak Untuk Presiden New Zealand

ARTIKEL BERKAITAN:“A Friend Is One Who Sees You Fault” – Khairul Aming Label Azfar Heri Kawan Susah Senang

ARTIKEL BERKAITAN:Gesa Ibu Bapa Pantau Anak-Anak Isu Buli Siber, Khairul Aming Mengaku Terkesan Terima Komen Negatif -“Nak Kata Saya Tak Ada Haters, Tipulah!”

Exit mobile version