Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Warganet Bitter Lihat Aedy Ashraf Tayang Badan Sambil Naik Motor

today24 September 2024

Background

Pelakon popular, Aedy Ashraf mencuri perhatian selepas dia berkongsi sepotong video pendek di Instagram miliknya.

Menerusi video yang dikongsikan, Aedy kelihatan bersama-sama rakannya termasuklah pelakon, Amir Ahnaf yang dilihat terlibat dalam acara larian yang dipanggil Challo Run yang berlangsung di Bali, Indonesia.

Bagaimanapun, tindakan aktor tersebut yang tampil tanpa memakai baju dan hanya mengenakan seluar pendek sambil menunggang motosikal menerima respons negatif dalam kalangan netizen.

Menurut netizen di ruangan balas hantaran berkenaan, aurat adalah kewajipan yang harus dijaga tidak kiralah bagi kaum lelaki mahupun perempuan.

Namun begitu, terdapat segelintir dalam kalangan pengikut Aedy yang memuji bentuk badan pelakon drama rantaian popular ‘Budak Tebing’ itu  yang disifatkan sebagai seksi.

Enggan mengambil pusing dengan komen yang ditinggalkan, Aedy bagaimanapun masih tidak memberikan apa-apa respons terhadap hantaran dan teguran yang diberikan.

Malah, kelihatan seronok menghabiskan masanya bersama rakan-rakannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf)

Written by: Salma


Previous post