Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Warganet Kritik Aina Abdul Tak Batal Konsert… Rupanya Ada Tak Tahu Sebahagian Jualan Tiket Disumbangkan Untuk Palestin

today21 November 2023

Background

Netizen mengecam tindakan penyanyi tersohor Aina Abdul tetap meneruskan konsert A Night With Aina Abdul 3.0 yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, segelintir netizen meluahkan rasa hampa dan sedih ekoran penganjuran konsert berskala besar yang dihadiri 10,000 penonton di Axiata Arena itu.

Dakwa segelintir netizen, Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani bagaimanapun dikatakan tidak sensitif dengan kezaliman yang berlaku di Palestin.

Untuk pengetahuan ramai, ketika konsert berlangsung, Aina meluahkan rasa hiba terhadap penduduk Palestin menerusi lagu Atouna El Toufule yang dinyanyikan dengan penuh penghayatan sehingga menjentik hati dan emosi penonton.

Menepis dakwaan netizen yang mengatakan Aina tidak menghormati konflik penderitaan di bumi Palestin, Aina memaklumkan sebahagian daripada jualan tiket konsert itu akan disalurkan kepada negara bergolak itu.

Written by: Aqilah


Previous post