Penyanyi yang juga juri tetap program Famili Duo Musim Ke-4 (FD4) iaitu, Mas Idayu mencuri perhatian selepas tampil membuat persembahan di pentas akhir program itu pada Ahad.
Menyanyikan lagu baharunya berjudul ‘Harum Mekar Di Hati’, nyanyian Mas Idayu itu bagaimanapun menuai pelbagai komen dalam kalangan warganet.
Bahkan, ada yang beranggapan nyanyian Mas Idayu pada malam final FD4 itu sebagai miming.


Meskipun, ramai yang mengkritik nyanyiannya, namun terdapat segelintir yang memuji lagu baharunya itu yang disifatkan sebagai catchy dan sedap untuk didengar.
View this post on Instagram
Terdahulu, seakan menepati ramalan, pasangan duo adik-beradik Shiha Zikir dan Ieda Zikir diumumkan sebagai juara program Famili Duo musim keempat (FD4) sekaligus membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000.
Menerapkan elemen futuristik dalam persembahan pertama, Shiha dan Ieda berjaya memukau juri dengan ‘permainan’ enam LED laser menerusi lagu Doktor Cinta (Dewi).
Manakala, bagi persembahan kedua yang bertemakan bebas, pasangan duo ini mendapat markah ‘perfect 10’ dan ‘standing ovation’ apabila berjaya menyentuh emosi kedua-dua juri tetap iaitu, Datuk Rosyam Nor dan Mas Idayu menerusi lagu pilihan mereka, Mentera Semerah Padi (Datuk M Nasir).
Naib Juara pula dirangkul oleh pasangan duo sepupu, Ayie dan Salma Asis yang berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000.
Dan, pasangan duo sepupu, Tomok dan Shahrul berada di kedudukan ketiga sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000.
Program Famili Duao Musim 4 ini telah melabuhkan tirainya pada malam tadi selepas bersiaran selama 8 minggu bermula 20 Oktober lalu.