Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Warganet Luah Perasaan Sedih Salah Pilih Suami, Shila Amzah Tumpang Simpati – “Memang Naya Hidup”

today6 February 2024

Background

Baru-baru ini, perkongsian seorang individu yang mendedahkan dirinya teruk dilayan seperti orang luar oleh ahli keluarga suaminya telah meraih perhatian ramai.

Menerusi ciapan di platform X, individu tersebut memaklumkan bahawa dia sudah tidak dapat bertahan dalam perkahwinan yang telah terbina selama lima tahun itu.

Wanita yang merupakan anak yatim piatu itu berkata ahli keluarga mentua termasuk ibu mentua, ipar duai bahkan suaminya turut memberi layanan sama seperti tiada perasaan.

“Ibu mentua menangkan anak dia je, dalam dunia ini anak dia paling baik dan elok. Aku selalu kena hina, perli dengan ibu mentua aku.

“Ipar duai aku pun sama ikut perangai mak dia. Aku pernah nangis nak terjun dari tingkat 26 sebab aku sedih diperlakukan macam tu,” tulis individu berkenaan.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, luahan hati individu berkenaan mendapat perhatian penyanyi sensasi, Shila Amzah yang turut terkesan dengan nasib menimpa wanita tersebut.

Pelantun lagu popular Memori Tercipta itu berkata kehidupan seseorang akan musnah sekiranya tersalah pilih suami dan ahli keluarga mentua.

“Weh sedihnya. Kalau tersalah pilih suami dan keluarga suami memang naya hidup.

“Semoga diberikan kekutan kepada anon (unknown) ini. Allahu, hah,” tulisnya di platform X miliknya.

Shila Amzah

Artikel Berkaitan: Mahu Hidup Bersederhana, Shila Amzah Perjelas Isu Jual Rumah Banglo – “Saya Dan Ubai Nak Mendidik…”

Artikel Berkaitan: Throwback Foto-Foto Shila Amzah & Adik-Beradik, Fauziah Sarman Buat Ramai Sebak! – “Semoga Semua Bersatu Kembali”

Artikel Berkaitan: “Anxiety During Pregnancy Is No Joke” – Hamil Anak Kedua, Shila Amzah Alami Kesukaran Untuk Tidur

Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Dedah Bukti Adik Shila Amzah ‘Menagih’ Pinjam Duit Rakan Lepas Keluar Dari Banglo – “Jangan Guna Nama Kakak Kau Nak Raih Simpati!”

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

Juara bertahan lebih selesa ‘underdog’ lawan MU

Seremban: Meskipun tampil selaku juara bertahan, pasukan hoki wanita Negeri Sembilan lebih selesa bertindak sebagai 'underdog' ketika turun menentang Malaysian University (MU) dalam perebutan Piala Sumbangsih, Liga Hoki Wanita Malaysia MHL-TNB 2024, di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, petang esok.

today6 February 2024