Penyanyi dan pelakon, Ning Baizura menerima pujian ramai selepas muncul dalam sebuah program mengaji, baru-baru ini.
Menerusi sedutan video yang tular di platform TikTok, Ning atau nama sebenarnya Ning Baizura Sheikh Hamzah mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran surah An Nur.
Ning menyampaikan bacaan surah An Nur dengan penuh penghayatan serta mengikuti tajwid yang tepat.
Berdasarkan ruangan komen, rata-rata netizen memuji lontaran alunan suara Ning ketika mengaji yang dikatakan sangat merdu.
Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan netizen yang mendoakan agar Ning terbuka hati untuk memakai hijab suatu hari nanti.
Malah, ada juga dalam kalangan netizen yang meluahkan rasa syukur apabila mendengar Ning mengaji.
@carrotsusu107 When Kak Ning’s phone accidentally fall down while she reciting the Quran but she still being professional finishing her lines in Quran 💛 #ningbaizura #gengngaji #ramadan2025 #zycbca #tiktokviral