Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Warganet Rindu Nyanyian Mila Jirin – “Harap Dia Buat Comeback!”

today25 October 2022

Background

Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin atau nama sebenarnya Norsyamilla Jirin sudah lama menyepi dalam industri nyanyian kerana menceburi bidang baharu.

Sibuk menguruskan perniagaan Bizmilla Wedding Centre, bukan suatu perkara yang mudah untuk anak jati Pulau Pinang itu bergiat aktif semula dalam bidang nyanyian.

@milajirin_bizmillaAda cadangan tak nak LIVE lagu apa??? 😬♬ original sound – MILA JIRIN

 

Baru-baru ini, tular video nyanyian berdurasi 19 saat yang dikongsikan di akaun TikTok miliknya.

Mila menyanyikan lagunya sendiri di majlis perkahwinan salah seorang ‘customer’ yang menggunakan khidmat perancang perkahwinan Bizmilla itu.

Pelantun lagu Pujaan Hatiku itu cuba memenuhi permintaan team Bizmilla yang meminta dirinya untuk menghadiahkan sebuh lagu di majlis perkahwinan tersebut memandangkan dirinya sudah lama tidak menyanyi.

Ketika itu, Mila yang sedang duduk di meja makan tampil dengan menyanyikan lagunya yang bertajuk Persis Mutiara.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji bakat nyanyian Mila dan berharap agar penyanyi tersebut diberikan peluang untuk menyertai pertandingan nyanyian anjuran stesen televisyen pada musim hadapan.

Bukan itu sahaja,  ramai yang masih rindu untuk mendengar nyanyian Mila dan menunggu untuk penyanyi tersebut membuat ‘comeback’ dalam industri nyanyian tanah air.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 680,000 tontonan dan lebih 36,000 tanda suka.

 

Written by: Aqilah


Previous post