Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Warganet Sedih Lihat Penampilan Terkini Nadia Annuar

today30 August 2024

Background

Bekas pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI), Nadia Annuar dikritik semakin seksi selepas memuat naik beberapa foto di Instagram miliknya, baru-baru ini.

Foto tersebut memaparkan Nadia memakai baju ‘croptop’ tiada lengan seperti ‘camisole’, dipadankan dengan leggings hitam dan cardigan panjang.

Meskipun memakai cardigan, namun kakak kepada selebriti, Harris Annuar ini bagaimanapun mengambil gambar dengan menunjukkan sebahagian lengan sehingga paras pinggangnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal terhadap penampilan terkini Nadia yang didakwa semakin memakai pakaian mencolok mata.

Ramai dalam kalangan mereka juga mengakui rindu terhadap pemakaian Nadia yang sebelum ini berhiijab.

Malah, ada juga segelintir dari netizen yang bertindak tidak mengikut Nadia di media sosial lagi gara-gara isu berkenaan.

Nadia Annuar

Sebelum ini, heboh di media sosial apabila selebriti Nadia Annuar membuat keputusan untuk menganggalkan tudungnya pada ulang tahun ke-39.

Jelas Nadia, keputusannya itu adalah demi menjaga masalah mental yang dialaminya.

Artikel Berkaitan: Lebih Setahun Tanggung Derita, Nadia Annuar Kongsi Perit Melalui Fasa Kehilangan Anak – “Dia Hidup, Tapi Saya Langsung Tak Boleh Jumpa…”

Artikel Berkaitan: Tak Mahu Dilabel Penyondol, Nadia Annuar Tolak Lelaki Berstatus Suami Orang – “Boleh Faham Kepedihan Isteri Bila Suami Dirampas”

Artikel Berkaitan: Mohon Pengikut Berhenti Hina, Nadia Annuar Tampil Dedah Sebab Buka Tudung – “Satu Keputusan Yang Sukar…”

Written by: Salma


Previous post