Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Warganet Sifatkan Atikah Suhaime Beruntung Dapat Layanan Bagai Puteri

today17 March 2025

Background

Pelakon, Atikah Suhaime sekali lagi meraih perhatian ramai selepas berkongsi keluarga mentuanya membuat kejutan menyambut hari ulang tahunnya di hospital selepas melahirkan anak sulung, Lyla Mulan Teh.

Menerusi perkongsian di TikTok, Atikah berkongsi momen tersebut dalam sebuah video yang memaparkan keluarga mentuanya melawat di hospital bersama kek hari jadi dan hadiah berjenama mewah.

Atikah sempat mengusik mengatakan sambutan hari jadinya pada tahun ini sedikit berbeza kerana dia tidak bersiap atau ‘melaram’ seperti selalu.

“Inilah birthday paling tak glamour. Kalau tahun lepas, saya bersiap cantik-cantik. Sekarang ni dalam keadaan berpantang, mata sembab tak cukup tidur, dan menangis sebab Mulan kena jaundice,” katanya.

Bagaimanapun, Atikah meluahkan rasa syukur dikurniakan rezeki mendapat keluarga mentua yang sangat menyayanginya.

“Alhamdulillah, sepanjang nikah dengan keluarga suami saya tak pernah rasa macam orang asing,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen solah-olah memahami mengapa Atikah sanggup untuk memasak buat keluarga mentuanya yang terdiri lebih daripada 10 orang.

Ada juga dalam kalangan mereka yang memuji Atikah beruntung kerana dilayan seperti puteri bukan sahaja oleh suami, malah juga keluarga mentuanya.

Terdahulu, Atikah sah bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh dengan sekali lafaz pada 21 Januari 2024.

Written by: Aqilah


Previous post