Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Warganet Terhibur Lihat Aksi Siti Nurhaliza & Afwa Tidur Dalam Kereta

today15 September 2023

Background

Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi perhatian apabila memuat naik sebuah video di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Siti berkongsi momen yang memaparkan dia dan putera kesayangannya iaitu Muhammad Afwa sedang asyik tidur di dalam kereta.

Apa yang membuatkan lebih comel adalah, aksi comel tersebut dirakam oleh suami Siti sendiri iaitu Datuk Seri Khalid.

“Bila Ayah duduk depan .. inilah hasilnya.. tapi Ayah kata cute dua beranak ni.. sama labuh pipinya,” tulis Siti di ruangan kapsyen.

Siti Nurhaliza

Manakan tidak, wajah kedua beranak ini saling tak tumpah. Dengan pipi labuhnya, perkongsian tersebut membuat ramai menyenangkan apabila melihat aksi mereka.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut dan peminat memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian comel itu. Malah ramai turut merasa geram melihat kecomelan anak bongsu pelantun lagu Biarlah Rahsia ini.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 170,000 tanda suka dan lebih 4,200 komen.

Untuk info, Siti melahirkan Muhammad Afwa seberat 3.84 kilogram (kg) melalui pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor pada 19 April 2021.

Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Khalid pada 21 Ogos 2006 turut dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Siti Aafiyah yang kini berusia 5 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Siti Nurhaliza Buat Trend β€˜Geng Marhaban’ Cuit Hati Netizen – β€œTak Jadi Marhaban, Jadi Konsert Terus”

ARTIKEL BERKAITAN:Β Aafiyah Suap Afwa Makan, Telatah Anak Siti Nurhaliza Jadi Tumpuan Netizen – β€œComel Sangat”

ARTIKEL BERKAITAN:Β Bina Sekolah Kanak-Kanak Di Gaza, Siti Nurhaliza Pendam Hasrat Untuk Melawat Demi Faktor Keselamatan

Written by: Aqilah


Previous post