Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Warganet Terhibur Lihat Kerenah Zarina Zainuddin & Azal – “Air Mata Baru Nak Keluar, Sekali…”

today25 November 2022

Background

Pasti ramai yang tahu pelakon Zarina Zainuddin yang sering berkongsi berkenaan perkembangan anak-anaknya.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh akaun TikTok @sugehresort yang memaparkan rakaman Zarina sedang bertanya kepada anaknya, Azal Azrai jikalau suatu hari nanti dia tiada, bagaimana perasaan Azal ketika itu.

Namun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah ketika Azal ingin menjawab soalan yang ditanya oleh Zarina, tetapi secara tiba-tiba dia ‘membuang angin’.

“Azal kentut ke? Alamak awak kentut ke? Kenapa awak kentut? Kita tengah shooting awak kentut pula,” kata Zarina kepada Azal.

@sugehresort Tiada kata yang nak digambarkan.. luluh hati tengok azal 😭😭 #fyp #trending #percutian #sugehresort ♬ original sound – Sugeh Resort

“Terkentut. Ada oksigen dan bakteria!” jelas Azal kepada ibunya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat Azal dan Zarina itu dan turut berkata Azal seorang yang kelakar.

“Baru nak sedih ibu Azal cakap. Tiba tiba Azal keluar anginnya oksigen dan bakteria hilang sedih makcik Azal. Lawak betul Azal ini.

“Alahai baru nak feeling keluar air mata. Kacaulah Azal ni.

“Sekali lagi air mata aku tak jadi turun.

“Hahahaha! Ya Allah baru nak ambil feel! Hahaha.

“Tengah sedih terus tak jadi sedih. Tergelak pula,” tulis salah seorang netizen.

Written by: Aqilah