
KUALA LUMPUR: Ahli keluarga penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines MH370 berharap usaha pencarian baharu oleh Ocean Infinity di kawasan seluas 15,000km persegi di selatan Lautan Hindi akan menemukan bangkai pesawat itu yang hilang sejak 10 tahun lalu.
Wakil waris mangsa, Grace Subathirai Nathan, 37, berkata beliau dan ahli keluarga penumpang dan kru pesawat itu yang lain berterima kasih atas keputusan Jemaah Menteri meluluskan usaha pencarian baharu syarikat berkenaan, meskipun percubaan awal pada 2018 tidak berhasil.
“Kami bersyukur atas peluang memulakan kembali pencarian selepas pencarian terakhir ditamatkan pada 2018, kami lama menunggu untuk pencarian baharu. Sebagai waris, kami sangat berharap pencarian ini akan menjadi yang terakhir, kami sangat berharap MH370 akan…