Hot FM

Warisan belum muktamad kerusi di Semenanjung, kata Shafie



Khamis lalu Shafie Apdal dilaporkan berkata Warisan berkemungkinan besar bertanding di semua 25 kerusi Parlimen Sabah dan satu di Labuan.

PAPAR: Warisan belum memuktamadkan mana-mana kerusi Parlimen yang akan ditandingi di Semenanjung pada PRU15.

Presidennya Shafie Apdal berkata sememangnya terdapat pemimpin dan ahli Warisan menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen tertentu di Semenanjung antaranya Kedah dan Perlis, namun Warisan melihat ia sebagai cadangan pada ketika ini.

Beliau berkata selepas dimuktamadkan, koordinator akan dilantik bagi menentukan kawasan dan calon yang bertanding selain menjalankan tapisan ke atas calon-calon berkenaan.

“Ia bergantung kepada presiden yang menentukan kerusi mana kita bertanding, siapa jadi calon akan diputuskan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera PRU15 Warisan Parlimen Papar.

Ketua Warisan Kedah, Fadzil Hanafi hari ini berkata parti itu telah mengenal pasti lima kerusi Parlimen…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version