Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Warisan Kedah sasar 5 kerusi Parlimen

today15 October 2022

Background



Pengerusi Warisan Kedah Fadzil Hanafi berkata senarai nama individu dirasakan layak bertanding sudah dikemukakan kepada presiden Shafie Apdal.

PETALING JAYA: Warisan Kedah menyasarkan lima kerusi Parlimen untuk ditandingi pada pilihan raya umum ke-15.

Pengerusi Warisan Kedah, Fadzil Hanafi, berkata lima kerusi itu ialah Alor Setar, Pokok Sena, Sungai Petani, Merbok dan Padang Serai.

Katanya, senarai nama individu yang dirasakan layak bertanding sudah dikemukakan kepada Presiden Warisan Shafie Apdal untuk dinilai.

“Bagi setiap kawasan Parlimen itu, kami cuma menghantar satu nama kepada presiden untuk dinilai. Selebihnya terpulang kepada penilaian presiden sama ada calon tersebut layak atau perlu digantikan individu lain,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Beliau berkata, parti itu tidak hanya mengutamakan golongan profesional atau mempunyai pangkat dan gelaran sebagai calon berpotensi.

Katanya, ia turut dibuat berdasarkan aktiviti dan kemampuan ketua…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post