Hot FM

Warisan tawar diri kepada mereka kecewa dengan BN, PN, PH



Parti Warisan dari Sabah sudah melebarkan sayap ke Semenanjung dan berharap untuk memenangi kerusi di kawasan itu pada pilihan raya umum akan datang.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Warisan menggesa rakyat memberi peluang kepada parti itu dan sekutunya MUDA pada pilihan raya umum akan datang, dengan berkata mereka boleh menawarkan kepimpinan yang kini kurang di dalam negara.

“Rakyat Malaysia amat memerlukan harapan baharu, hala tuju baharu, pilihan baharu terutama bagi mereka yang tidak mahu mengundi Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH),” kata Naib Presiden Warisan Junz Wong.

Wong yang juga bekas Menteri di Sabah, berkata rakyat Malaysia secara amnya masih mahukan perubahan tetapi tidak lagi melihat kepada PH, seperti yang ditunjukkan keputusan pilihan raya negeri di Melaka dan Sarawak, di mana PH mengalami kekalahan besar.

“Di Melaka, peratusan keluar mengundi masyarakat Cina dan India berkurangan hampir 30%, malah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version