
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakon menyifatkan wartawan wira yang tidak didendang ketika negara dan dunia dilanda Covid-19, dengan menyediakan dan menyalurkan maklumat berkaitan pandemik kepada masyarakat.
Beliau berkata, wartawan sanggup mengharungi bahaya termasuk merisikokan diri berdepan wabak berkenaan demi melaksanakan tugas.
“Kesemuanya itu dilakukan wartawan bagi memastikan rakyat yang terkurung di rumah akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendapat maklumat dan mampu mengikuti perkembangan semasa tanah air serta luar negara.
“Tanpa wartawan, mustahil berita-berita dan maklumat penting dapat disebar luas dengan cepat dan pantas termasuk sidang media Covid-19 yang dilaksanakan hampir setiap hari,” katanya menurut laporan Bernama,…