
PETALING JAYA: Graduan berkemahiran teknologi khususnya dalam bidang maklumat dan komunikasi diseru lebih waspada agar tidak menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia atau scammer yang ingin memanipulasi kemahiran mereka bagi tujuan aktiviti jenayah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata tawaran kerja di Vietnam, Kemboja, Laos, atau Myanmar juga boleh menjadi amaran awal dan perlu disemak oleh golongan mencari pekerjaan agar tidak menjadi mangsa penipuan atau pemerdagangan manusia.
“Dapatan saya di lapangan, kita berdepan kes pemerdagangan manusia yang semakin mencabar dan walaupun tidak memerlukan kepakaran tinggi, namun mereka tetap memerlukan pakar sekurang-kurangnya yang ada kemahiran asas mengenai sistem dan telekomunikasi.
“Jadi, mereka ini (yang…
