
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan orang ramai berwaspada dan tidak terpengaruh dengan iklan di media sosial yang kononnya menawarkan lesen memandu tanpa perlu menghadiri kelas dan ujian memandu.
Ketua Pengarah JPJ, Zailani Hashim, berkata pihaknya mengesan tawaran iklan itu yang turut menggunakan gambar profil “China doll” bagi menarik perhatian pengguna media sosial yang diuarkan-uarkan secara terbuka di platform berkenaan.
“Sindiket ini mengaut keuntungan dengan memperdaya mangsa dan kemudian melarikan diri dengan duit yang dibayar kepada mereka.
“Niat tawaran iklan ini adalah tidak baik kerana mengelirukan rakyat bahawa boleh dapat lesen tanpa perlu hadir ke sekolah memandu. JPJ menafikan sekeras-kerasnya perkara ini,” katanya pada sidang media operasi…