Site icon Hot FM

Waspada varian Arcturus Covid-19, Zahid beri ingatan sambut Syawal


Pakar kesihatan juga mengingatkan ancaman jerebu dan menggalakkan pemakaian pelitup muka serta menghadkan aktiviti luar.

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi, memberi ingatan agar berhati-hati memandangkan varian baharu itu tidak diketahui kadar jangkitannya.

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menyarankan umat Islam yang menyambut Aidilfitri di seluruh negara agar berwaspada dengan varian baharu Covid-19, XBB1.16 atau Arcturus.

“Kita harus lebih berhati-hati kerana varian baharu ini kita tidak tahu kadar jangkitannya dan ia sangat terbuka serta cepat… Saya harap kita lebih berhati-hati sambil kita bergembira (menyambut Aidilfitri),” katanya kepada pemberita ketika meninjau jualan Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Beliau turut menasihati warga kota yang pulang ke kampung halaman supaya berhati-hati dan fokus ketika memandu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Saya harap dengan tol percuma yang diumumkan perdana menteri (Datuk Seri Anwar…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version