

Perikatan Nasional mengumumkan Parti Wawasan Negara (Wawasan) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Pejuang diterima masuk sebagai parti komponen.
Pengerusi Ahmad Samsuri Mokhtar berkata keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat tergempar majlis tertinggi PN malam tadi, dihadiri pemimpin PAS, Bersatu, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia.
“Mesyuarat bersetuju meluluskan permohonan dua parti untuk menjadi parti anggota PN yang baharu,” katanya pada sidang media, seusai mesyuarat di ibu pejabat PAS yang berlangsung selama dua jam.
Parti Cinta Malaysia, yang permohonan untuk menyertai PN diterima malam tadi, dijenamakan semula sebagai Wawasan selepas diambil alih oleh bekas timbalan presiden Bersatu, Hamzah Zainudin serta penyokong beliau.
Pejuang ditubuhkan oleh bekas pengasas Bersatu, Dr Mahathir Mohamad, selepas keahlian beliau dan penyokong dipecat…