Pasangan Man Wei Chong-Tee Kai Wun menoktahkan momentum cemerlang dalam kejohanan badminton Indonesia Masters 2025 dengan cukup bergaya selepas muncul juara saingan berstatus Super 500 itu, sebentar tadi.
Lebih manis kejayaan itu diraih Wei Chong-Kai Wun selepas berjaya menundukkan wakil tuan rumah, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto yang juga merupakan pilihan pertama kejohanan.
Malah, ia merupakan kemenangan pertama dilakarkan Wei Chong-Kai Wun ke atas lawan…