
KOTA KINABALU: ADUN Bandau, Wetrom Bahanda memutuskan untuk menyertai parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) selepas mengambil kira suara akar umbi di Kota Marudu.
“Saya membuat keputusan keluar dari Bersatu kerana melihat keadaan di Kota Marudu dan aspirasi rakyat di situ.
“Pada mulanya, saya ingin menyertai parti itu (Warisan) seperti yang kamu semua tahu, tetapi selepas mendengar suara di peringkat akar umbi yang mengatakan KDM adalah parti terbaik yang mampu mengangkat rakyat Sabah, saya membuat keputusan untuk menyertai parti ini.”
Sabtu lalu, Wetrom mengumumkan beliau meninggalkan Bersatu dan GRS untuk menyertai Warisan, selain akan bertanding di kerusi Parlimen Kota Marudu atas tiket Warisan.
Tetapi, beliau membuat kejutan pada Rabu lalu apabila dikatakan menyertai…