Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Wings Anjur Acara Solidariti Bulan Ini, Prihatin Isu Palestin

today3 November 2023

Background

Penyanyi Datuk Awie bersama kumpulan Wings mendedahkan bakal menganjurkan satu acara solidariti sebagai bantahan terhadap kezaliman Israel terhadap penduduk Palestin.

Acara solidariti berbentuk konvoi motosikal tersebut dikenali sebagai Solidariy Wings Motogang Society.

Wings memaklumkan acara itu diadakan pada 13 – 15 November ini yang lokasinya masih dirahsiakan.

Awie meluahkan rasa teruja kerana acara berkenaan melibatkan penyertaan lebih 300 motosikal daripada komuniti Wings.

Bagi menghangatkan sokongan terhadap isu Palestin, Awie mengajak lebih ramai pemilik motosikal berkuasa besar untuk konvoi bersama-sama.

Terkesan dengan penderitaan yang dialami oleh penduduk Gaza, Awie mahu acara tersebut disertai oleh orang ramai sebagai tanda bersolidariti dan bukannya bertujuan mengumpul derma semata-mata.

β€œKami tidak fokus pada agihan sumbangan. Kami mahu tunjukkan solidariti dan ini bukan soal duit semata-mata.

β€œSebaliknya, kami mahu beramai-ramai melaungkan sokongan pada Palestin, itu lebih afdal dari segala-galanya,” katanya kepada XTRA.

Tambah Awie, solat hajat juga bakal diadakan sewaktu acara tersebut.

Dalam pada itu, Wings mengumumkan akan melangsungkan sebuah konsert penutup pada 16 Disember depan yang dikenali sebagai konsert The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter.

Membidas dakwaan kumpulan Wings tidak sensitif dengan kezaliman yang berlaku di Palestin, Awie bertegas bahawa konsert itu merupakan punca rezeki buatnya.

β€œKalau tidak buat konsert, saya nak makan apa? Kami juga perlu sara keluarga.

β€œKonsert tetap diteruskan, hati dan doa kami sentisa bersama Palestin,” jelasnya.

Awie ditemui XTRA ketika majlis sidang media konsert The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter yang berlangsung di Maristar, The Starhill, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Selasa.

Konsert The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter bakal menggegarkan Stadium Melawati Shah Alam pada 16 Disember ini.

Tiket sudah mula dijual di wings.ubertickets.asia.

Written by: Salma


Previous post