
KUALA LUMPUR: “Setiap masa akan teringat… ketika melangkah di Balairung Seri (Istana Negara), menghadap Agong… saya masih terkenang peristiwa itu,” kata Mohamad Hasnal Jamil.
Walaupun sudah lebih sedekad, peristiwa berdarah bertempur dengan pengganas Sulu pada Mac 2013 tidak pernah luput daripada ingatan pegawai polis berpangkat DSP itu, malah “parut” tragedi hitam menjadi penguat dirinya untuk terus berkhidmat kepada negara.
Beliau adalah pegawai polis yang cedera ditembak dan ditetak pengganas Sulu dalam Op Daulat, di Kampung Simunul, Semporna di Sabah pada Mac 2013.
Hasnal, 42, menjadi penerima tunggal Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) yang dikurniakan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan,…