Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Wisma Putra ambil maklum laporan kapal tentera asing di perairan

today9 September 2024

Background


Kementerian Luar berkata, ia tidak dapat mengulas ketepatan atau butiran spesifik pergerakan kapal tentera itu kerana ia di bawah pihak berkuasa operasi keselamatan dan pertahanan.

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengambil maklum laporan baru-baru ini mengenai kehadiran sebuah kapal tentera laut asing berhampiran pelantar minyak luar pesisir di Malaysia.

Bagaimanapun, kementerian itu dalam kenyataan berkata, ia tidak dapat mengulas ketepatan atau butiran spesifik pergerakan kapal tentera itu kerana ia di bawah pihak berkuasa operasi keselamatan dan pertahanan.

“Pendirian Malaysia mengenai Laut China Selatan kekal konsisten.

“Kami komited mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan kami di kawasan maritim kami, seperti digariskan dalam Peta Malaysia 1979. Kedudukan ini selaras undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut 1982.”

Sejajar komitmennya mengekalkan Laut China Selatan sebagai rantau keamanan,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post