Florida: Tiger Woods kembali ke rumahnya kelmarin selepas mengalami kecederaan serius akibat nahas jalan raya.
Legenda golf berusia 45 tahun itu menjalani pembedahan kecemasan selepas patah kaki dan buku lalinya cedera teruk dalam kemalangan pada Februari lalu.
Dia kini berehat sambil menjalani sesi pemulihan di ‘istananya’ di Jupiter Island.
Kediaman berharga £41 juta (RM235 juta) itu mempunyai dua seksyen terdiri daripada kuarters berkeluasan 3,300 kaki persegi dan bangunan pelbagai…