Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Wow! Dah Ada Nama Manja Baru… Bella Astillah Beri ‘Amaran’ Pada Syed Saddiq Jangan Jadi Buaya

today5 March 2025

Background

Keakraban antara pelakon dan penyanyi Bella Astillah dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, terus mencuri perhatian netizen

Hubungan mereka yang mesra bahkan mendapat gelaran ‘Romeo dan Juliet’ daripada ibu Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz.

Dalam sesi siaran langsung yang tular di media sosial, perbualan mereka sekali lagi mencetuskan perbincangan apabila berbicara tentang tempat di Sabah yang pernah dikunjungi oleh Saddiq.

Ketika ditanya mengenai Kinabatangan, Saddiq berseloroh, “Kalau Bella nak saya jadi buaya, saya pergi ke Kinabatangan.”

Namun, gurauan itu segera dipintas oleh Bella yang memberikan ‘amaran’ manja kepadanya.

“Jangan jadi buaya, tolong jangan,” katanya sambil tertawa.

Menambah keakraban mereka, Bella turut memberikan panggilan manja baharu kepada Saddiq, iaitu ‘Grumpy Giraffe’.

 

Written by: Salma


Previous post