Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Wow! Wajah Ernie Zakri Terpampang Di Billboard NY Times Square Untuk Kali Kedua

today18 October 2024

Background

Penyanyi, Ernie Zakri meluahkan rasa syukur apabila wajahnya menghiasi papan iklan digital gergasi di New York Times Square, Amerika Syarikat (AS) buat kali kedua.

“Sebenarnya saya dah dapat tahu berita ini sebulan yang lalu. Ketika saya diberitahu itu saya sedang bekerja nak naik stage dah.

“Perasaan saya ketika itu sama seperti mana pertama kali saya diberitahu sebelum ini, sangat bahagia dan bersyukur!,” katanya ketika ditemu bual oleh sebuah radio,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aura (@erniezakri)

Pelantun lagu popular Masing Masing itu pertama kali menghiasi papan iklan terkemuka itu sekitar Mei 2023.

Penampilan Ernie pada papan iklan digital tersebut adalah sebagai wakil penyanyi Malaysia dalam kempen Equal oleh wadah penstriman muzik digital, Spotify.

Equal merupakan program anjuran Spotify yang memperjuangkan kesamaan dalam mengetengahkan artis wanita dari seluruh dunia.

Artikel Berkaitan: Bolot Trofi Lagu Paling Boom, Ernie Zakri Terharu – “Kemenangan Ini Takkan Terjadi Tanpa Ernienators”

Artikel Berkaitan: Wow! Impian Ernie Zakri Hiasi New York Times Square Jadi Kenyataan – “Salah Satu Kejayaan Terbesar Saya”

Written by: Salma