Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Wujud skim kerja khas bantu warga emas, saran ahli akademik

today1 October 2023

Background


Seorang ahli akademik berkata, dengan adanya skim pekerjaan khas, isu warga emas kesepian dan terpinggir dapat ditangani. (Gambar Freepik)

PETALING JAYA: Seorang ahli akademik menyarankan kerajaan memperkenalkan skim pekerjaan khas bagi membantu warga emas tidak mempunyai simpanan mampan.

Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia, Zumilah Zainaludin berkata, skim itu perlu disesuaikan dengan tahap kecergasan dan kesihatan warga emas.

Zumilah Zainaludin.

“Contohnya tempoh jam bekerja, mungkin empat hingga lima jam dan juga kadar gaji. Skim tersebut perlu berada di luar skim pekerjaan normal yang mana warga emas tidak mengganggu peluang pekerjaan golongan muda.

“Dalam proses kita sedang menua, ramai warga emas terpaksa meniti hari tua dengan sekuriti kewangan atau jumlah simpanan amat sedikit,” katanya menurut Astro Awani.

Beliau berkata, industri keusahawanan dalam kalangan warga emas juga perlu diperkasa bagi membantu mereka menambah simpanan kerana masih…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post