
PETALING JAYA: Sebuah pertubuhan amal di Kuala Lumpur menggesa kerajaan agar menubuhkan pusat sehenti untuk NGO meminta maklumat tentang membantu golongan gelandangan, terutamanya mereka yang dianiaya atau mengalami masalah mental.
Pengasas Food4U Tony Lian memberitahu, dalam banyak kes beliau diminta merujuk seorang demi seorang pegawai di jabatan kebajikan apabila cuba mendapatkan bantuan bagi pihak gelandangan.
“Saya tercari-cari pegawai yang boleh bantu saya. Apabila sampai kepada pegawai yang betul, saya sudah letih.
“Jika ada pusat sehenti, bantuan boleh diberikan dalam masa sehari atau beberapa jam,” kata Lian kepada FMT.
Lian, yang juga dikenali sebagai Uncle Tony berkata, pusat sehenti akan memberikan manfaat terutamanya kepada mereka yang mengalami masalah mental.
“Kita boleh letak…