
Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz percaya anak buahnya mampu untuk bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk melangkah ke final Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2025/26.
Beraksi di laman sendiri pada minggu lalu, skuad Harimau Selatan terpaksa berputih mata tewas 1-3 kepada juara bertahan, Buriram United.
Kekalahan itu merupakan sesuatu yang jarang berlaku buat JDT yang baharu sahaja mencatat rekod dunia menyamai 108 perlawanan liga…