Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Setelah bergelut dengan isu tunggakan gaji serta pengambil alihan pasukan, hari ini Perak mendapat pemilik baharu apabila syarikat telekomunikasi, XOX Berhad sah mengambil alih daripada Impact Media & Communication Sdn Bhd (IMC).
Menurut laporan Harimau Malaya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IMC, Muhammad Yunus Zakariah mengesahkan pengambil alihan ini.
Its a deal.
Perak FC selamat. Laporan penuh 7.30 ptg di @ASTROARENA pic.twitter.com/56ru4dWdnw
— FinaNasrom (@fnasrom) April 29, 2022
“Ya sudah sah syarikat XOX Berhad adalah pemilik baru Perak. Satu majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) akan berlangsung pada hari ini,” katanya.
Sebelum ini, syarikat JE Resources dikhabarkan bakal menjadi pemilik baharu pasukan Perak meskipun syarikat terbabit tidak dapat menunjukkan proof of fund kepada IMC.
Ini kerana desakan hebat dari para penyokong agar pemilik baharu…