“Ya..Saya Dijangkiti Virus Covid19” – Ashraf Muslim
Jay
Pelakon Ashraf Muslim mengesahkan dirinya dijangkiti wabak Covid-19 dan kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh sejak 12 April lalu.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Ashraf pada 15 April di laman Instagram menerusi video menyaksikan dia menaiki ambulan dan dalam perjalanan ke hospital.
Ashraf memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan dirinya dan memohon maaf kepada pihak media kerana memilih tidak memberikan sebarang kenyataan.
Selain itu, pelakon drama Dia Menantu Rahsia itu juga turut meluahkan kerinduannya terhadap keluarga, terutama pada isteri dan anak-anak yang terpaksa berjauhan.
Ashraf didapati positif Covid-19, sekembali menjalani penggambaran drama Demi di Inverness, Scotland, penghujung bulan lalu.
Beberapa krew produksi, pengarah dan pelakon drama terbabit turut disahkan positif, salah seorangnya ialah Puteri Aishah.