Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Yakin calon kuat, BN tak tawar manifesto PRK Nenggiri

today12 August 2024

Background


Ahmad Jazlan Yaakub berkata, manifesto tidak mampu menarik pengundi Nenggiri.

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) tidak akan membentangkan manifesto pada PRK Nenggiri, sebaliknya menyandarkan kepada kekuatan calonnya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, kata Ketua Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub.

Katanya, Azmawi merupakan keazaman BN yang akan berkhidmat kepada rakyat sekiranya diberi mandat pada 17 Ogos, sambil menegaskan manifesto tidak mampu menarik pengundi Nenggiri.

Beliau berkata, tidak ada gunanya melancarkan manifesto jika gagal melaksanakan tawaran dijanjikan.

“Apa guna membuat manifesto sebagaimana Perikatan Nasional (PN)…manifesto 1990 pun tidak selesai lagi dan batu asas yang ditanam pun sudah tidak dijumpai.

“Satu apa pun mereka tidak buat dan pada PRK kali ini masih mahu menipu rakyat. Cukup-cukuplah tipu rakyat kerana penduduk di DUN Nenggiri sudah cerdik,” katanya menurut Berita Harian di Gua Musang.

Jazlan memberi janji PAS yang didakwa tidak terlaksana…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post