
AYER KEROH: Selepas 12 hari berkempen, rakyat Melaka bersuara dan akhirnya Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa, kali ini menerusi peti undi.
Seperti yang berlaku dalam mana-mana pertandingan, terdapat pihak yang menang dan kalah pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, dengan pemenang paling jelas adalah BN. Perikatan Nasional (PN) pula, seperti yang dijangkakan ramai pemerhati, tewas di hampir semua kerusi.
Namun, kejutan terbesar adalah kekalahan teruk Pakatan Harapan (PH), yang tidak sampai tiga tahun lepas mengambil alih pentadbiran negeri selepas memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
FMT senaraikan parti yang menang dan kalah pada PRN semalam.
Menang: Tok Mat, Najib
Menerajui kempen BN…