

Komposer dan penyanyi Yasin Sulaiman dibenarkan keluar secara rasmi dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak hari ini selepas hampir tiga tahun mendapatkan rawatan, susulan perintah Mahkamah Sesyen.
Abangnya, Zain Sulaiman memaklumkan kepada Harian Metro bahawa pihak keluarga dihubungi oleh pihak hospital sejak minggu lalu bagi memberitahu keputusan kebenaran keluar mengikut prosedur yang ditetapkan.
Menurut Zain, dia bersama ahli keluarga termasuk isteri, adik, serta anak perempuan Yasin bertolak ke Hospital Bahagia Ulu Kinta seawal pagi tadi untuk menjemput penyanyi itu kira-kira 10 pagi.
“Pihak keluarga memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga atas pembebasan itu selepas mengharungi tempoh sukar dan penantian selama empat tahun…