Hot FM

Yasin dibenar keluar Hospital Bahagia Ulu Kinta


Komposer dan penyanyi Yasin Sulaiman sebelum ini diarahkan menjalani rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta selepas Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan mengembalikan perintah Mahkamah Sesyen. (Gambar Instagram)
PETALING JAYA:

Komposer dan penyanyi Yasin Sulaiman dibenarkan keluar secara rasmi dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak hari ini selepas hampir tiga tahun mendapatkan rawatan, susulan perintah Mahkamah Sesyen.

Abangnya, Zain Sulaiman memaklumkan kepada Harian Metro bahawa pihak keluarga dihubungi oleh pihak hospital sejak minggu lalu bagi memberitahu keputusan kebenaran keluar mengikut prosedur yang ditetapkan.

Menurut Zain, dia bersama ahli keluarga termasuk isteri, adik, serta anak perempuan Yasin bertolak ke Hospital Bahagia Ulu Kinta seawal pagi tadi untuk menjemput penyanyi itu kira-kira 10 pagi.

“Pihak keluarga memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga atas pembebasan itu selepas mengharungi tempoh sukar dan penantian selama empat tahun…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version