Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Yayasan bawah Mais sumbang seragam kepada 194 pelajar

today4 April 2025

Background


Pengerusi YIDE Mazlan Mansor sampaikan sumbangan kepada juga mangsa kebakaran di PPS Masjid Putra Heights. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 194 pelajar yang terkesan akibat kebakaran saluran gas di Putra Heights, Selangor terima sumbangan dua set pakaian seragam sekolah daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) melibatkan keseluruhan RM77,600.

Sumbangan yang bertujuan memastikan pelajar dapat kembali ke sekolah tanpa gangguan kelengkapan asas itu disampaikan Pengerusi Mazlan Mansor di Masjid Putra Heights.

Beliau yang juga timbalan pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berkata YIDE kenal pasti jumlah pelajar yang terkesan bagi memastikan bantuan dapat diberikan secara efektif, melalui kerjasama rapat Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).

“Sebanyak 194 pelajar dari 40 sekolah dikenal pasti antara yang terkesan melibatkan 134 murid sekolah rendah terdiri daripada 103 murid Islam dan 31 murid bukan Islam manakala 60 pelajar sekolah menengah iaitu 42 pelajar Islam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post