
IPOH: Yayasan Perak menafikan dakwaan agensi itu bakal menghentikan pengagihan kotak makanan kepada rakyat miskin dan golongan memerlukan, khususnya di kawasan diwakili wakil rakyat pembangkang pada bulan depan.
Pengurus Pentadbiran Yayasan Perak, Mohamad Hidayat Abd Halim, berkata sebaliknya, Yayasan Perak sebagai agensi bertanggungjawab menyelaraskan program itu akan terus menyalurkan bantuan tanpa mengira kawasan, malah membuat langkah penambahbaikan bagi memastikan ia memberi manfaat secara langsung kepada golongan sasar.
Beliau berkata, Yayasan Perak memandang serius pelbagai aduan diterima, termasuk perbuatan membuka kotak dan membuat pembungkusan semula, menampal kotak dengan pelekat tertera logo parti politik, mengubah kuantiti asal bungkusan makanan serta pengagihan tidak mengikuti kuota dan tempoh…
